RAMAI ibu bapa mula khuatir apabila anak mereka lambat bercakap berbanding dengan kanak-kanak seusia mereka. Ibu bapa mula bimbang kemungkinan berlaku sesuatu pada sistem tumbesaran anak sehingga menyebabkan proses tersebut tidak berlaku mengikut waktu sepatutnya. Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof. Madya Dr. Bustam Kamri, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang kerana setiap anak kecil mempunyai keupayaan yang berbeza dalam kemahiran berbahasa dan ucapan. Bagaimanapun katanya, cepat atau lambat kebolehan…










