Banjir: Semua pusat pemindahan sementara di Kota Marudu ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: Semua pusat pemindahan sementara di Kota Marudu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 28 Jan. – Mangsa banjir di daerah Kota Marudu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila kesemua 10 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.


Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan di sini berkata hanya lima PPS di dua daerah yang masih dibuka setakat tengah hari.


Daerah Paitan masih kekal 124 mangsa daripada 30 keluarga di tiga PPS manakala di Pitas, jumlah mangsa juga kekal seramai 27 mangsa daripada lapan keluarga di dua PPS. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN