KENINGAU – Sebuah bangunan prasekolah Kebangsaan (SK) Nandagan di Sook dekat sini musnah dalam satu kebakaran, petang tadi. Ketika kejadian tiada sesiapa berada di dalam bangunan Pra Sekolah itu disebabkan sesi persekolahan hanya diadakan pada sebelah pagi. Kebakaran itu menyebabkan 18 murid prasekolah itu hanya sempat sehari mengikuti sesi pembelajaran di bangunan itu. Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau, Mudi Pengiran ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai…










