Bale buat Solari tersenyum lebar - Utusan Malaysia

Bale buat Solari tersenyum lebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GIRONA, Sepanyol 28 Jan. – Pemain gantian Gareth Bale hanya memerlukan tempoh dua minit untuk mencipta jaringan selepas sekian lama disisihkan ekoran kecederaan untuk membantu Real Madrid menang 4-2 ke atas Espanyol, hari ini.

Bale, yang direhatkan sejak 3 Januari lalu ekoran kecederaan betis, masih mampu memberikan impak besar biarpun mereka beraksi dengan 10 pemain di Stadium DCDE, di mana Karim Benzema turut cemerlang apabila meledak dua gol.

Sergio Ramos juga menyumbang gol menerusi tandukan selepas kapten Espanyol Leo Baptistao menyamakan kedudukan 1-1. Satu lagi gol tuan rumah hasil jaringan Roberto Rosales pada minit ke-81.

Kepulangan Bale ke dalam barisan Real disambut baik jurulatihnya, Santiago Solari.

“Gareth sangat gembira. Dia masuk dan terus menjaringkan gol, di mana jaringan itu bakal menyuntik motivasi dan keyakinannya.

“Sedikit demi sedikit dia berjaya mendapatkan semula rentak cemerlangnya seperti dalam Piala Dunia Kelab apabila penyerang ini menjaringkan tiga gol.

“Inilah Gareth yang kami ingin lihat, yang sentiasa dahagakan jaringan,” uajr Solari.

Benzema, yang masih menderita masalah keretakan jari sejak dua minggu lalu, kini sudah meledak 15 gol selepas membuat dua jaringan dengan pertamanya seawal minit ketiga apabila memanfaatkan bola muntah percubaan Luka Modric.

Gol kedua Benzema terhasil pada minit ke-45 selepas melepaskan tendangan leret mengatasi penjaga gol Espanyol, Diego López.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN