Badminton: Puchong United juara SSPL 2018/19 - Utusan Malaysia

Badminton: Puchong United juara SSPL 2018/19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLANDS – Kelab Badminton (KB) Puchong United meraih gelaran kedua berturut-turut dalam saingan Purple League (SSPL) selepas menewaskan KB Kepong 10-6 pada perlawanan akhir di Arena of Stars sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus meranapkan hasrat Kepong untuk menebus kekalahan kepada Puchong United pada perlawanan akhir musim lalu.

Pada perlawanan tersebut, Puchong United ketinggalan 1-3 terlebih dahulu apabila pemain perseorangan lelaki, Goh Giap Chin tewas 11-8, 6-11, 6-11, 10-11 kepada Soong Joo Ven.

Pemain perseorangan wanita Puchong United, Deng Xuan memulakan kebangkitan pasukan itu apabila menang 3-0 (11-10, 11-10, 11-6) ke atas Qin Jinjing.

Mak Hee Chun-Tan Boon Heong meletakkan Puchong United selesa mendahului apabila menewaskan Mads Conrad Petersen-Rian Agung Saputro 3-1 (5-11, 11-9, 11-10, 11-10) dalam acara beregu lelaki.

Puchong United mengesahkan kejuaraan kedua menerusi beregu campuran, Tang Chun Man-Eom Hyewon yang menewaskan Ricky Karandasuwardi-Cheah Yee See 3-2 (11-7, 10-11, 10-11, 11-10, 2-1).

Pasukan juara membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai RM520,000 sementara naib juara meraih hadiah wang tunai RM265,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN