SHAH ALAM 2 Jan. – Badang MBSA sekali lagi membuktikan ‘kekuatan’ apabila berjaya menumpaskan Pantai Puteri yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat akhir Kejohanan Tarik Tali Terbuka Melaka, baru-baru ini. Sebagai juara, pasukan dianggotai kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, medal dan Piala Parlimen Hang Tuah Jaya. Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, Badang MBSA sentiasa menjadi pasukan…










