KUALA LUMPUR 16 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melantik badan bebas untuk mengkaji tahap persepsi rasa selamat dalam kalangan rakyat negara ini supaya selari dengan penurunan indeks kadar jenayah setiap tahun. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kajian itu penting kerana walaupun indeks kadar jenayah seluruh kontinjen negeri mencatatkan penurunan setiap tahun, namun persepsi rasa selamat masyarakat masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Ujarnya, perkara…










