Aziz Azizan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Aziz Azizan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Bekas kapten pasukan bola sepak Pulau Pinang era 90-an, Aziz Azizan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.30 petang pada usia 54 tahun.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan 11 anak.

Anak saudaranya, Zamri Ahmad berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bagan Lebai Tahir, Butterworth dekat sini bagi urusan pengebumian.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan koma selepas mengadu kepenatan ketika menyertai perlawanan Liga Veteran Balik Pulau di Balik Pulau dekat sini pada Ahad lalu.

Difahamkan bekas pemain kebangsaan itu terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat ketika menerima rawatan dipercayai akibat masalah darah tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN