LABUAN 23 Jan. – Sempena Tahun Baharu Cina ini orang ramai di sini diminta lebih berhati-hati dengan produk tidak halal yang dijual di rak yang bukan dikhaskan untuk produk seumpama itu. Keadaan itu dikesan berlaku di sebuah pasar raya besar di pulau bebas cukai ini. Ia ditemui dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan sempena Tahun Baharu Cina bulan depan, yang diketuai Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari. …










