AS, Israel keluar UNESCO - Utusan Malaysia

AS, Israel keluar UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 2 Jan. – Amerika Syarikat (AS) dan Israel secara rasminya keluar dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semalam.

Lapor al-Jazeera, pentadbiran Presiden AS, Donald Trump mengeluarkan notis untuk berundur daripada organisasi tersebut pada Oktober 2017, disusuli dengan Israel selepas mendakwa UNESCO bersikap tidak adil terhadap Israel.

UNESCO sebelum ini mengkritik pencerobohan Israel di Baitulmuqaddis Timur dan menuntut agar Palestin dijadikan anggota sepenuhnya dalam pertubuhan terbabit pada 2011.

AS kemudiannya menuntut agar satu perubahan dibuat dalam UNESCO.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN