AS desak Rusia lepaskan rakyatnya - Utusan Malaysia

AS desak Rusia lepaskan rakyatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA 2 Jan.- Amerika Syarikat (AS) mendesak Rusia melepaskan segera seorang rakyatnya, Paul Whelan, 48, yang kini masih menjadi tahanan di negara itu.

Desakan itu disuarakan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang pada masa sama menuntut penjelasan Rusia berkaitan penahanan bekas anggota tentera laut AS itu.

Dalam pada itu, Pompeo juga berharap untuk mendapatkan akses konsulat kepada Whelan secepat yang mungkin.

Whelan yang berkunjung ke Rusia untuk menghadiri satu majlis perkahwinan pada 22 Disember lalu ditahan penguatkuasa negara itu kerana didakwa menjadi pengintip yang dihantar AS.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN