KUALA LUMPUR 15 Jan. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menerima 2,200 tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, Perodua Aruz sejak tempahan dibuka pada 3 Januari lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua mahu meneroka segmen baharu dengan menawarkan sebuah kenderaan SUV peringkat permulaan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. Menurut beliau, SUV baharu yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM600 juta itu menggunakan…










