LONDON 8 Jan. – Arsenal ditakdirkan bertemu Manchester United pada pusingan keempat Piala FA pada majlis undian yang dilakukan sebaik berakhir saingan pusingan ketiga awal pagi ini.
Ini antara perlawanan yang dianggap paling menjadi tumpuan berbanding pertemuan lain yang menyaksikan Manchester City berdepan Burnley, Tottenham dijangka menghadapi tugas berat bertemu Crystal Palace manakala Chelsea sebaliknya apabila diundi bertemu sama ada Sheffield Wednesday atau Luton yang terpaksa mengadakan perlawanan ulangan.
Wolverhampton yang mengejutkan Liverpool pagi tadi pula bakal berkunjung sama ada ke Shrewsbury atau Stoke. Kesemua perlawanan dijadual berlangsung antara 25 hingg 28 Januari ini. – AFP










