LONDON 8 Jan. – Arsenal akan berhadapan dengan Manchester United di pusingan keempat Pala FA selepas kedua-dua pasukan berjaya mengatasi cabaran pasukan liga bawah pada pusingan ketiga.
Pasukan bimbingan Unai Emery menewaskan Blackpool 3-0 sementara anak buah Ole Gunnar Solskjær pula menyingkirkan Reading 2-0 di laman sendiri.
Arsenal juara 13 kali menang pada perlawanan Piala FA menentang United sebelum ini dengan Danny Welbeck menjaringkan gol kemenangan di Old Trafford pada pusinan keenam dan seterusnya The Gunners muncul juara.
Lain-lain pasukan pilihan yang mara ke pusinan keempat ialah juara bertahan Chelsea yang akan berhadapan dengan Sheffield Wednesday atau Luton, sementara Wolves yang menyingkirkan Liverpool akan berhadapan dengan Stoke.
Tottenham Hotspur pula akan berhadapan dengan cabaran Crystal Palace di gelanggang lawan sementara Manchester City pula akan melayan kunjungan Burnley. – UTUSAN ONLINE










