Armada gesa orang Melayu tidak lena - Utusan Malaysia

Armada gesa orang Melayu tidak lena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Perkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, banyak menonton dokumentari dan membaca ensiklopedia serta ambil tahu perkembangan terkini teknologi dunia.

Demikian antara gesaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada masyarakat Melayu supaya tidak lena dengan pertengkaran politik yang tiada berkesudahan.

Ketua Biro Integriti Armada Nasional, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, masyarakat Melayu juga perlu menanamkan minat terhadap bidang sains dan teknologi kepada anak masing-masing mulai hari ini jika kita sayangkan mereka, negara serta agama.

“Sama ada kita hanya menjadi penonton atau pengguna dalam drama teknologi masa depan dunia atau sudah tiba masanya kita didik generasi kita agar bersedia menghadapinya sebagai tauke dan pemain utama industri berteknologi tinggi.

“Bagi sesiapa yang tiada pendidikan atau kemahiran tinggi, masa depan merupakan igauan ngeri akibat kurangnya peluang pekerjaan untuk manusia. Oleh kerana itu bangsa kita perlu berubah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN