KUALA LUMPUR – Pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, mengakui pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Bagaimanapun, pelakon filem Surf This Love: Gelora Juara itu enggan berkongsi mengenai sakit yang dialaminya dengan lebih terperinci. “Ya, saya pernah mengalami sakit sehingga saya tidak mampu untuk berjalan dan terlantar di rumah berbulan lamanya. “Bagaimanapun, saya tidak bersedia untuk memberitahu mengenai penyakit yang saya alami…










