Arab Saudi rancang keluarkan visa pelancong - Utusan Malaysia

Arab Saudi rancang keluarkan visa pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 9 Jan. – Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan visa bagi pelancong asing, termasuklah bukan Muslim tahun ini, dalam usaha bagi mempromosikan negara ini sebagai destinasi percutian selaras dengan Visi 2030.

Menteri Media, Dr. Awwad Saleh al-Awwad berkata, pihaknya berharap langkah terbabit akan membantu Arab Saudi dapat membuang imej negara ini yang kurang mesra disebabkan oleh iklim sosiobudaya.

“Ketika ini, kami memberikan visa bagi tujuan acara tertentu dan bagi memastikan visa pelancong menjadi realiti, kami perlu mempertimbangkan beberapa aspek. Arab Saudi juga merupakan negara di mana jutaan orang datang untuk bekerja dan kami perlu mencari mekanisme yang tepat.

“Kami akan cuba berbincang dengan lebih lanjut bersama kerajaan dan mungkin kami akan mengeluarkan visa pelancong pada tahun ini,” katanya ketika pertemuan dengan kumpulan media asing di pejabat Kementerian media baru-baru ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN