JEDDAH 13 Jan. – Jumlah visa umrah yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini sudah mencecah 2.78 juta menyaksikan seramai 2.3 juta jemaah tiba di negara ini. Arab News melaporkan, terdapat 345,114 jemaah berada di Arab Saudi dengan 233,910 daripadanya berada di Mekah dan 111,204 di Madinah. Kebanyakan jemaah tiba di negara ini menggunakan pengangkutan udara manakala selebihnya menerusi jalan darat dan laut. – AGENSI










