KUALA LUMPUR 23 Jan. – Tidak pernah berlaku dalam pentadbiran kerajaan terdahulu isu teks ucapan Timbalan Perdana Menteri dalam majlis rasmi menjadi polemik yang menimbulkan pelbagai persoalan sehingga menjadi `bahan lawak’. Namun begitu, ia berlaku dalam era Malaysia baharu apabila hanya beberapa jam selepas teks ucapan Timbalan Perdana Menteri dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dalam Majlis Pelancaran Meningkatkan Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia (EM-IIG), semalam,…









