Anwar tidak pernah nyatakan hasrat jadi PM lebih awal - Utusan Malaysia

Anwar tidak pernah nyatakan hasrat jadi PM lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyatakan hasrat untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dengan lebih awal.

Dalam temu bual bersama akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini, Perdana Menteri itu berkata, beliau berharap mempunyai tempoh masa lebih daripada dua tahun untuk menyusun pentadbiran kerajaan memandangkan kemajuan penstrukturan semula hanya mencapai kira-kira 30 sehingga 40 peratus sahaja.

Malah, dakwa Dr. Mahathir, Anwar juga tidak pernah membantah niat beliau untuk menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun.

“Beliau (Anwar) tidak pernah berkata tidak, malah beliau menzahirkan sokongannya kepada saya.

“Beliau juga tidak pernah kata apa-apa tentang mengambil alih jawatan Perdana Menteri dengan lebih awal,” jelas laporan The Edge Market yang memetik temu bual akhbar Sin Chew Daily, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN