PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) diminta untuk menganjurkan program-program kesenian pada waktu malam bagi menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa ke Putrajaya, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad. Beliau berkata, ini adalah kerana ramai pelancong yang datang ke Putrajaya untuk melihat keindahan senibina tetapi mereka tidak bermalam memandangkan tidak ada aktiviti menarik yang boleh mengikat mereka untuk menginap di sini. “Saya yakin aktiviti kesenian dan pertunjukan pentas yang…










