Anggota polis maut dilanggar lari - Utusan Malaysia

Anggota polis maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 27 Jan. – Seorang anggota polis Cawangan Balai Pengawal Istana Negeri Sembilan maut dalam kejadian langgar lari di persimpangan Jalan Besar berhampiran Taman Rose Merah dekat sini hari ini.

MUHAMAD SHAFIQ RAMLAN
MUHAMAD SHAFIQ RAMLAN 

Mangsa, Muhamad Shafiq Ramlan, 26, yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dipercayai dilanggar sebuah lori ketika tiba di persimpangan dekat lokasi kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa yang masih bujang dalam perjalanan ke Kuala Pilah untuk bertugas di Balai Pengawal di Istana Besar Seri Menanti sebelum kemalangan itu berlaku.

“Lori yang dipercayai membawa muatan batu meninggalkan mangsa sejurus kemalangan itu berlaku dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bagaimanapun seorang lelaki yang mendakwa dirinya penumpang lori itu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk bagi mengenal pasti identiti pemandu dan lori terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN