PULAU PINANG 9 Jan. – Anak kepada seorang pengarah perkhidmatan awam di negeri ini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini kerana disyaki bersubahat dengan bapanya berhubung pemberian projek kepada syarikat miliknya sendiri. Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. Penahanan suspek yang berusia 27 tahun itu adalah susulan tangkapan dan penahanan bapanya yang ditahan reman selama enam hari bermula semalam kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa. ANAK kepada pengarah perkhidmatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya