Anak Orang Asli tercicir, sekolah jauh - Utusan Malaysia

Anak Orang Asli tercicir, sekolah jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 2 Jan. – Kira-kira 100 anak Orang Asli suku kaum Batek di dua buah kampung dekat Pos Lebir di sini yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun dikatakan gagal mengikuti alam persekolahan berikutan kedudukan sekolah jauh daripada perkampungan mereka.

Kam­pung Kuala Koh dan Kampung Aring 5 terletak hampir 100 kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi.

Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, ke­banyakan ibu bapa Orang Asli tidak mahu berjauhan dengan anak-anak mereka yang masih kecil dalam tempoh lama.

Katanya, sejak lebih setahun kebelakangan ini anak mereka tidak ke sekolah, walaupun di­sediakan kemudahan asra­ma.

“Anak-anak ini tidak tahu mengu­rus­kan diri menyebabkan ibu ba­pa enggan membenarkan mereka tinggal di asrama sekolah.

“Masalah ini juga berlaku kepada pelajar sekolah mene­ngah apabila mereka tidak ber­minat ke sekolah kerana jauh. Contohnya Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh pe­ngang­kutan hanya di­se­diakan se­bulan sekali,” katanya sambil berharap agar ke­rajaan dapat membina sekolah berde­katan dengan kampung mereka.

Katanya, sebuah bangunan tabika yang berada di kampung mereka juga sudah lebih seta­hun tidak beroperasi kerana ketiadaan guru.

“Kanak-kanak Orang Asli yang tidak bersekolah kini hanya tinggal bersama ibu bapa dan bermain bersama rakan sebaya di kampung mereka dan keadaan ini merugikan kita semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN