Anak orang asli Gua Musang tercicir pelajaran ekoran sekolah jauh - Utusan Malaysia

Anak orang asli Gua Musang tercicir pelajaran ekoran sekolah jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 dan Kuala Koh di sini mendesak kerajaan membina sekolah di kawasan berdekatan bagi mengelakkan  anak-anak mereka daripada terus tercicir dalam  bidang pelajaran.

Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, sejak tiga tahun lepas, kira-kira 100 kanak-kanak di kampung itu yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun tidak meneruskan pelajaran masing-masing.

Beliau berkata, kini kerana sekolah berdekatan ialah Sekolah Kebangaan (SK) Pasir Linggi yang terletak 100 kilometer dari kampung berkenaan. 

Katanya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ada menyediakan kenderaan untuk mengambil murid terbabit bagi menghantar mereka ke asrama SK Pasir Linggi, bagaimanapun khidmat JKOA itu ditolak.

Raina berkata, kebanyakan ibu bapa tidak membenarkan anak mereka tinggal di asrama  berikutan umur muda dan belum bersedia menguruskan diri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN