TANGKAK 1 Jan. – Sentiasa amanah, rajin membaca dan teladani budaya masyarakat Jepun merupakan nasihat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada pelajar yang memulakan sesi persekolahan mereka hari ini. Membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’ ketika berucap di hadapan pelajar Sekolah Kebangsaan Ledang ketika mengadakan lawatan ke sekolah itu hari ini, beliau berkata, ketika berumur lapan tahun, beliau mengenali seorang posmen yang menjadi adiwiranya dalam mengajar erti sebuah amanah. “Suatu hari…










