SELAMA 13 tahun berada dalam industri hiburan tanah air, Alif Satar boleh disifatkan sebagai selebriti yang cukup bertuah. Buktinya, sehingga kini namanya tetap mengharum. Sudah pasti ada yang pasti teringat pada awal kemunculannya dalam program One In A Million (OIAM) pada tahun 2006, pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd. Satar itu dengan imej rambut terpacak dan gigi yang belum ‘siap’. Masa meluncur laju dan hari ini, Alif menjadi teladan sebagai…










