Akta baharu tangani isu libatkan perpaduan, sensitiviti kaum dan agama - Utusan Malaysia

Akta baharu tangani isu libatkan perpaduan, sensitiviti kaum dan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Isu-isu yang melibatkan perpaduan, sensitiviti kaum dan agama yang kini di bawah Akta Hasutan akan ditangani melalui akta-akta baharu yang akan digubal kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, isu berkenaan antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet hari ini yang antara lain bertujuan untuk memastikan undang-undang baharu itu nanti tidak mudah disalah gunakan oleh mana-mana pihak. 

“Semua isu tersebut dulu diletakkan di bawah Akta Hasutan dan akta tersebut kita mahu gantikan dengan akta yang tidak mudah disalah guna,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Skim Bantuan Khas Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini. 

Mujahid berkata, jemaah menteri turut membincangkan mengenai komitmen kerajaan untuk membanteras korupsi melalui perancangan jangka panjang.

“Ianya akan dilaksana melalui kementerian-kementerian dalam hal yang melibatkan tadbir urus korporat, pentadbiran dan perolehan serta parti-parti politik seperti tadbir urus politik yang akan menjadi asas kepada pelan anti rasuah negara yang akan diumum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama lagi,” katanya. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×