SAUDARA PENGARANG,SESEBUAH kerajaan patut melakukan perkara betul, bukannya membuat perkara salah semata-mata untuk menarik sokongan pengundi kerana perlakuan itu akan menyebabkan pembangunan negara terkebelakang dan standard moral rakyat menurun. Demi memancing undi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjanji sewenang-wenangnya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk membatalkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kini dasar mereka membabitkan soal pembayaran balik hutang itu sentiasa berubah-ubah. Menurut dasar terbaru…










