KUALA LUMPUR 2 Jan. – AirAsia Group Bhd. akan memberi tumpuan pada perniagaan di Indonesia dan Filipina pada tahun ini untuk menjadikannya benar-benar menguntungkan. Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan kumpulan itu tidak akan membuka syarikat penerbangan baharu dalam tempoh tiga tahun. Katanya, selepas Vietnam, AirAsia akan memberi fokus kepada apa yang syarikat penerbangan tambang murah itu miliki ketika ini. “Kami mempunyai barisan francais yang hebat…










