AirAsia bawa 12.1 juta penumpang pada 2018 - Utusan Malaysia

AirAsia bawa 12.1 juta penumpang pada 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – AirAsia Group Bhd. merekodkan peningkatan jumlah penumpang yang dibawa sebanyak 16 peratus kepada 12.1 juta penumpang pada suku keempat 2018.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, Malaysia merekodkan peningkatan sebanyak sembilan peratus dalam tempat duduk tersedia untuk setiap kilometer (ASK) dengan jumlah penumpang mencecah 8.5 juta penumpang.

Bagi AirAsia Indonesia pula, lapan pesawat yang sebelum ini dikendalikan oleh PT. Indonesia AirAsia Extra (IAAX) telah dipulangkan semula kepada AirAsia Indonesia.

“Ia menjadikan bilangan suku keempat adalah lebih tinggi daripada biasa dengan kenaikan 56 peratus penumpang yang dibawa dan faktor muatan meningkat tiga peratus kepada 82 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN