KUANTAN 9 Jan. – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki menjual syiling emas berpotretkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tanpa kebenaran. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek berusia 30 tahun dari Petaling Jaya, Selangor ditahan di hadapan sebuah restoran di Seri Gombak, petang semalam. Susulan penahanan itu, katanya, polis menemukan dan merampas…










