Agong: Rakyat Pahang iringi keberangkatan Al-Sultan Abdullah esok - Utusan Malaysia

Agong: Rakyat Pahang iringi keberangkatan Al-Sultan Abdullah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Lebih 1,000 rakyat Pahang bakal berhimpun meraikan keberangkatan pergi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menuju Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10 di sini untuk berlepas ke Istana Negara esok.

Difahamkan, Al-Sultan Abdullah bersama permaisuri baginda, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berangkat meninggalkan Istana Abdul Aziz di sini kira-kira pukul 6.50 pagi esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan berkata, baginda berdua dijangka tiba memeriksa perbarisan di Pangkalan TUDM di sini pada pukul 7 pagi.

Baginda bersama Tengku Ampuan Pahang seterusnya dijadualkan berlepas menaiki jet Kerajaan Persekutuan pada pukul 7.50 pagi dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi.

Pada hari penuh bersejarah esok, Al-Sultan Abdullah bakal melafaz sumpah sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara untuk mengetuai pemerintahan negara bagi tempoh lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×