Agong: Kerajaan tak campur tangan - Utusan Malaysia

Agong: Kerajaan tak campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 7 Jan. – Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, untuk turun takhta semalam.

Menurut Dr. Mahathir, perkara itu diserahkan kepada Majlis Raja-Raja yang mempunyai hak bagi memutuskan apa juga bentuk tindakan selanjutnya berhubung perkara itu.

Beliau seterusnya berharap penggantian Yang di-Peratuan Agong yang baharu dapat 
diselesaikan secepat mungkin.

“Saya harap (pengganti) diselesaikan secepat mungkin sebab sebagai PM (Perdana Menteri) saya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Penggantinya akan ditentukan oleh Majlis Raja-Raja, saya tak tahu lah macam mana nak 
tentukan, terpulang kepada raja-raja (Majlis Raja-Raja),” katanya dalam sidang media selepas 
merasmikan Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Terengganu di sini hari ini.

Dr. Mahathir seterusnya mengakui agak terkejut dengan keputusan Sultan Muhammad V  
turun takhta semalam.

“Banyak khabar angin saya dengar, tapi tak berapa terkejut sangat lah. Terkejut juga 
tapi tak berapa lah sebab banyak orang cakap. Setengah orang lebih tahu daripada Yang 
di-Pertuan Agong,” katanya seloroh. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN