ADUN Semenyih meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung - Utusan Malaysia

ADUN Semenyih meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd. Nor, 57 meninggal dunia di Hospital Kajang, awal pagi ini. 

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung pukul 4.45 pagi tadi. 

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

“Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham  Bakhtiar. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Bakhtiar dari  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN