Ada senarai kuasa Pusat, negeri – Tun M - Utusan Malaysia

Ada senarai kuasa Pusat, negeri – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Sewaktu kerajaan Persekutuan dibentuk beberapa tahun sebelum kemerdekaan, telah diwujudkan senarai kuasa di bawah kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada disebut bahawa kerajaan Pusat tidak boleh mengeluarkan pandangan terhadap kenyataan yang dibuat kerajaan negeri.

Beliau merasakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin tidak memahami Persekutuan berikutan kenyataan tentang kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM 

(PH).

“Tidak faham tentang Persekutuan, barangkali masa itu belum dilahirkan, tak tahulah. Tetapi saya dilahirkan masa itu. Kita buat Persekutuan bermakna Persekutuan menguasai seluruh negara.

“Tiada disebut bahawa Pusat tidak boleh keluarkan kenyataan kalau kerajaan negeri keluarkan kenyataan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai komen Tunku Ismail yang mahukan kerajaan memberi tumpuan untuk mentadbir negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN