KUALA LUMPUR 16 Jan. – Semua orang Melayu dan bumiputera berhak untuk menyertai UMNO, termasuk mereka yang telah meninggalkan parti tersebut. Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata ada peraturan dan proses perlu diikuti oleh mereka yang telah meninggalkan UMNO, jika ingin sertai semula parti berkenaan. “UMNO merupakan parti orang Melayu dan bumiputera yang terbuka untuk orang Melayu dan bumiputera.…










