Abdul Yazid CEO MRT Corp. baharu - Utusan Malaysia

Abdul Yazid CEO MRT Corp. baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Jan. – Bekas Pengarah Projek Malakoff Corporation Berhad, Abdul Yazid Kassim telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) bermula 1 Februari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Abdul Yazid mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan projek dan kontrak pembinaan dan kejuruteraan. 

“Antara tanggungjawab utama beliau termasuklah mengurus projek Laluan Mass Rapid Transit Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) supaya ia dapat dilaksanakan dengan kos dan dalam jangka masa yang ditetapkan.

“Pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu diyakini akan dapat mempertingkatkan prestasi dan kecekapan MRT Corp.,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain pernah memegang jawatan Pengarah Projek Malakoff Corporation Berhad, Guan Eng menambah, Abdul Yazid pernah menjadi Ketua Pejabat Pengurusan Projek di Zelan Berhad.

Katanya, Abdul Yazid pernah bekerja selama 10 tahun di luar negara sebagai ketua pembinaan di syarikat Qatar Petroleum.

“Beliau menerima ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan pembinaan daripada University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom (UK) dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan daripada University of Warwick, UK,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×