GENEVA 15 Jan. – Program Makanan Sedunia (WFP) menghantar bantuan makanan dan baucar untuk lebih 9.5 juta orang di Yemen pada bulan lalu.
“Kami tidak dapat mencapai sasaran menyalurkan bantuan kepada 10 juta orang kerana situasi semasa menyukarkan sedikit usaha pengedaran bantuan di sesetengah kawasan.
“Keselamatan juga tidak sebaik yang dijangka di sesetengah kawasan,” kata jurucakap WFP, Herve Verhoosel.
Tambah Verhoosel, sesetengah trak bantuan turut berhenti di pos pemeriksaan keselamatan dalam jangka yang lebih panjang berbanding kebiasaannya. – REUTERS










