ILMU. Seramai 81 orang termasuk ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej 15, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Kem Pemantapan Organisasi Kolej 15 di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation, Selangor baru-baru ini.
Objektif kem tersebut bertujuan untuk menerapkan kemahiran berorganisasi dalam kalangan kakitangan MTM dan para pelapis sebagai persediaan memikul tanggungjawab menguruskan mahasiswa kolej tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem berlangsung termasuklah pembentangan projek dan rentas halangan.










