JOHOR BAHRU 16 Jan. – Seramai lapan kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini ceria apabila menerima sumbangan dan lawatan pekerja dari dua buah syarikat terkemuka di daerah ini. Seramai 13 pekerja Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd. Cawangan Plentong dan Das Abdul Global Sdn. Bhd (DAG) jelas menghidupkan suasana di Wad Kanser Kanak-Kanak HSI. Kanak-kanak tersebut terdiri daripada pelbagai bangsa…










