ANKARA 7 Jan. – Enam kru kapal kargo dengan bendera Panama yang karam ditemukan mati manakala tujuh lagi berjaya diselamatkan di pantai Laut Hitam, Turki hari ini. Agensi Berita Anadolu melaporkan, Gabenor Samsun, Osman Kaymak menyatakan pihaknya mendapat panggilan kecemasan setelah kapal kargo itu mengalami masalah pada kedudukan 80 batu nautika dari Samsun pada pukul 8.10 pagi waktu tempatan. “Kru yang ditemukan selamat kemudian dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya