CARACAS 2 Jan. – Dianggarkan kira-kira 5,000 penduduk bertindak keluar dari Venezuela setiap hari bagi melarikan diri daripada kesempitan hidup dan krisis kemanusiaan yang dilihat semakin ketara. BBC melaporkan, lebih tiga juta penduduk meninggalkan negara ini dalam tempoh beberapa tahun lalu dan menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah itu dijangka terus meningkat melebihi lima juta menjelang akhir tahun ini. Kebanyakan penduduk Venezuela ‘berhijrah’ ke negara-negara Amerika Selatan bagi mencuba nasib…









