KUALA LUMPUR – Seramai 50 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Thailand ditahan dalam Ops Mega Penutup 2018 dalam tiga operasi berasingan di sekitar ibu negara. Operasi bermula pukul 9.30 malam hingga 3 pagi itu dilakukan pusat karaoke di Jalan Pudu dan masing-masing satu pusat spa di Jalan Kuchai serta Jalan Raja Laut. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, serbuan pertama dilakukan di Jalan Kuchai yang membawa tangkapan…










