MADRID 3 Jan. – Seramai 401 pendatang asing berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai negara ini selepas mereka cuba menyeberangi Laut Mediterranean dalam tempoh dua hari pertama tahun ini. Jurucakap pengawal pantai berkata, mereka menyelamatkan 111 pendatang di Selat Gibraltar dan Laut Alboran kelmarin. Tambahnya, seramai 290 orang lagi diselamatkan semalam. – AFP










