BESUT 2 Jan. – Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja di sini mencatat sejarah tersendiri apabila empat pasangan kembar termasuk satu pasangan kembar perempuan hadir ke sekolah itu untuk sesi baharu persekolahan 2019 yang masuk hari kedua hari ini.
Pada hari pertama persekolahan semalam, tiga pasangan kembar yang hadir namun hari ini, sepasang lagi kembar tampil menjadikan kesemua empat pasangan kembar yang menceriakan sekolah tersebut dengan kehadiran 171 orang murid Tahun Satu.
Tiga pasangan kembar yang memulakan persekolahan di kelas 1 Bestari Satu ialah Anis Adlina Mohd. Zainuddin dengan pasangannya, Alya Adriana Mohd. Zainuddin; Muhammad Mursyidi Rayyan Mohd. Nazri dan Muhammad Morsyi Rayyan Mohd. Nazri serta Mohamad Daniel Harrid Noor Tarmizi dan Mohamad Daniel Harras Noor Tarmizi.
Manakala pasangan kembar keempat yang hadir hari ini ialah Muhammad Hazim Rizqin Hishamuddin dan Muhammad Haziq Rayyan Hishamuddin. – UTUSAN ONLINE










