IPOH 2 Jan. – Sebanyak 33,233 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan baharu tahun 2019 di 852 buah sekolah rendah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, jumlah itu melibatkan 23,783 murid tahun satu di sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) (7,702 orang), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) (1,643 orang) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) (105 orang).…










