31 Januari bukan cuti umum - Utusan Malaysia

31 Januari bukan cuti umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Kerajaan hari ini menafikan spekulasi yang tular dalam media sosial bahawa 31 Januari ini adalah cuti umum.

Mesej yang tular itu mendakwa cuti umum adalah selaras dengan tarikh stiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menurut Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC), merujuk kepada maklumat yang diberikan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dimaklumkan tarikh 31 Januari 2019 adalah tarikh Mesyuarat Majlis Raja-raja yang Ke-252 (Khas) Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan.

“Turut dimaklumkan bahawa tiada cuti diwartakan untuk tarikh tersebut kerana hanya mesyuarat dan bukan hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan MyGCC yang disiarkan dalam laman Facebook agensi kerajaan itu.

Menurut MyGCC lagi, pemakluman berkaitan cuti Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diwartakan dan dihebahkan melalui Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (Kabinet) selepas mesyuarat tersebut selesai dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×