3 remaja curi televisyen masjid, larikan wang tabung RM5 - Utusan Malaysia

3 remaja curi televisyen masjid, larikan wang tabung RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 5 Jan. – Polis sedang mengesan tiga remaja lelaki yang disyaki melarikan sebuah televisyen dan wang tunai RM5 dari tabung masjid di Permatang Janggus, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kegiatan ketiga-tiga remaja berusia belasan tahun berjaya dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.

Dalam rakaman itu, kelibat ketiga-tiga mereka dilihat memasuki ruang solat melalui salah satu pintu masjid kira-kira pukul 3.45 pagi.

PAPARAN televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam kelibat tiga remaja lelaki mencuri televisyen
PAPARAN televisyen litar tertutup (CCTV)  yang merakam kelibat tiga remaja lelaki mencuri televisyen sebuah masjid di Permatang Janggus, Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE

“Suspek melarikan sebuah televisyen jenama Toshiba 49 inci dan wang tunai sebanyak RM5 daripada sebuah tabung plastik.

“Pihak polis telah membuat semakan CCTV masjid dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN