3 lelaki ditahan bersama syabu, heroin - Utusan Malaysia

3 lelaki ditahan bersama syabu, heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 3 Jan. – Usia mereka sudah menghampiri warga emas namun masih lagi terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Akibatnya, tiga lelaki berusia antara 47 hingga 51 tahun ditahan polis di sebuah rumah di Permatang Benuan di sini kira-kira pukul 7 petang semalam kerana memiliki dadah jenis heroin dan syabu.


Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, ketika ditahan mereka masing-masing didapati memiliki 20 gram heroin dan 1.3 gram syabu bernilai kira-kira RM900 yang dipercayai untuk kegunaan sendiri.


“Hasil ujian air kencing terhadap kesemua suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine serta MOP dan mereka kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B; Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) A Akta Dadah Berbahaya 1952.


Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik berterusan dan agresif ke atas pengedar-pengedar dadah khususnya di daerah ini.


Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dapat bekerjasama membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN